Cara paling pantas semak baki Celcom ialah dail *118#, pilih My Account dan Check Balance, atau buka aplikasi CelcomDigi untuk lihat baki di halaman utama. Kedua-dua cara ini percuma dan berfungsi untuk pelan prepaid dan postpaid.
CelcomDigi, hasil penggabungan Celcom dan Digi, merupakan syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia. Terdapat banyak pelan internet yang ditawarkan bermula dari pelan prepaid, postpaid dan juga home fibre. Di sini kami ingin berkongsi cara semak baki Celcom Postpaid. Untuk memastikan kuota internet anda mencukupi sehingga hujung bill cycle anda, anda disarankan utk menyemak serta memantau kegunaan internet dari masa ke semasa. Sekiranya anda pengguna Celcom Prepaid, anda juga boleh rujuk cara topup akaun Celcom untuk memastikan akaun anda kekal aktif.
Cara semak baki Celcom
Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan untuk menyemak baki internet anda. Pertama, melalui aplikasi CelcomDigi. Kedua, menggunakan kod UMB. Di sini kami kongsikan cara semak dengan tepat.1. Semak baki Celcom melalui aplikasi CelcomDigi
- Muat turun aplikasi CelcomDigi (menggantikan Celcom Life) di celcomdigi.com/app.
- Buka aplikasi CelcomDigi di telefon pintar anda dan log masuk.
- Baki kredit dan kuota internet anda akan tertera di halaman utama.
- Anda memerlukan internet untuk menggunakan aplikasi ini.
2. Semak baki Celcom melalui kod UMB
- Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *118# dan tekan butang call.
- Di paparan utama skrin, pilih My Account dan hantar.
- Kemudian, pilih Check Balance dan hantar.
- Di paparan seterusnya pilih Internet.
- Anda akan mendapat maklumat baki internet anda melalui SMS.
Semak baki bil anda untuk kekal aktif
Untuk memastikan akaun anda kekal aktif dan panggilan tidak disekat, anda boleh melakukan semakan bil anda menerusi aplikasi CelcomDigi atau kod UMB.1. Semak bil melalui aplikasi CelcomDigi
- Muat turun aplikasi CelcomDigi di celcomdigi.com/app.
- Buka aplikasi CelcomDigi di telefon pintar anda dan log masuk.
- Jumlah bil Celcom Postpaid anda akan tertera di halaman utama.
- Buat pembayaran sekiranya terdapat jumlah bil yang perlu dibayar.
- Di sebelah kanan jumlah bil, klik pada butang Pay Now.
- Di halaman seterusnya, masukkan jumlah pembayaran yang ingin anda lakukan.
- Pilih kaedah pembayaran sama ada menggunakan
- Boost e-wallet
- Online banking (FPX)
- Kad debit atau kredit
- Tekan butang Next.
- Anda akan di bawa ke payment page bagi kaedah pembayaran yang telah dipilih.
2. Semak bil Celcom melalui kod UMB
- Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *118# dan tekan butang call.
- Di paparan utama skrin, pilih My Account dan hantar.
- Kemudian, pilih Check Balance dan hantar.
- Seterusnya, pilih Main Account dan hantar.
- Anda akan mendapat maklumat akaun serta bil melalui SMS.
- Bagi pembayaran pula, anda boleh melalukan pembayaran menggunakan nombor akaun anda di
- Celcom Store.
- FPX.
- Kiosk Celcom.
- Ejen Celcom yang berdaftar.
Sekiranya servis Celcom anda mengalami gangguan, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan CelcomDigi melalui help.celcomdigi.com atau hubungi 019 601 1111.
Akhir kalam
Pihak kami berharap agar perkongsian semak baki Celcom Postpaid ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk kekal berhubung bersama orang tersayang.
Semoga bermanfaat.